Sesekali tekak nak makan sajian mee berkuah dan pastinya hidangan yang terlintas adalah mee hailam. Kata orang, mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak, pekat dan lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.
Nak makan mee hailam yang sedap pastinya ada kedai tertentu sahaja yang kena dengan selera tapi untuk anda penggemar mee hailam apa kata kali ini anda cuba masak sendiri.
Penyediaannya sangat mudah dan rasanya juga sedap sama seperti yang anda makan di kedai. Bagi ibu-ibu yang balik kerja nak masak sajian ini pun sangat mudah dan menjimatkan masa.
Kami kongsi beberapa resepi mee hailam terbaik di bawah dan selamat mencuba!
Resepi Mee Hailam Mudah
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- Biji lada hitam
- 1 kiub pati ayam
- Kicap pekat
- Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
- Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
- Mee kuning
Cara penyediaan:
- Mula-mula tumbuk tiga ulas bawang putih dengan biji lada hitam. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.
- Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat satu senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ini boleh guna jenama apa pun asalkan kicap pekat.
- Seterusnya masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kalau nak ganti dengan udang, daging, sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.
- Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh. Sayur ini semua boleh dimasukkan seperti cara ini:sawi (asingkan batang dan daun. Daun sawi dimasukkan pada akhir sekali ketika tutup api bagi mengelakkan daun jadi layu sangat), cendawan (guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh atau potong empat saja), baby jagung (potong kecil), lobak merah (potong memanjang), bunga kobis (potong kecil)
- Bila dah masukkan semua sayur, boleh pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan dua sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air.
- Kacau semua bahan dan rasa dahulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak boleh tutup api dan masukkan daun sawi.
- Siap untuk dihidang. Boleh hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
Resepi Mee Hailam Che Nom
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk mee (dicelur):
- air secukupnya
- 1 pek /450 gram mee kuning
- Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
- sedikit minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 1 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam (hiris kecil)
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 batang lobak merah
- sayur sawi, asingkan daun dan batang
- 2 keping fishcake (potong nipis)
- 3 cawan air (anggaran)
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 ke 5 ekor udang besar
- kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
- 2 batang baby corn
- 2 ekor sotong
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 biji tomato (belah 6)
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk hiasan:
- daun sup
- bawang goreng
- cili merah
- limau nipis
Cara Penyediaan:
- Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
- Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
- Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
- Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
- Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
- Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.
Resepi Mee Hailam Ayam & Daging
Bahan-bahan:
- 1/2 kilogram mee kuning
- 1/4 kilogram isi ayam dan daging lembu
- 10 ekor udang
- 3 ulas bawang putih *
- 3 ulas bawang merah *
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 ikat sawi hijau
- 1 potong kobis
- 1/2 batang lobak merah
- 1 bungkus ‘baby corn’
- 2 tangkai daun sup dan daun bawang
- 2 biji limau nipis
- 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
- Sos cili
- Sos tomato
- Kicap
- Air (Ikut anda ingin kuah banyak atau tidak)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara penyediaan:
- Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
- Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
- Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
- Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
- Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
- Kemudian masukkan mee.
- Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
- Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
- Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
- Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
- Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
- Mee hailam sedap dan simple telah pun siap!
Resepi Mi Hailam Simple
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- Biji lada hitam 1 kiub pati ayam
- Kicap pekat
- Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
- Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
- Mee kuning
Cara penyediaan:
- Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam.
- Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.
- Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat.
- Seterusnya masukkan ayam + fishball + fishcake. Kalau nak ganti dengan udang / daging / sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.
- Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh.
- Sayur ni semua saya masukkan macam ni: sawi – asingkan batang dan daun. Daun sawi saya masuk akhir sekali masa tutup api tu. Sebab takmau daun jadi layu sangat, cendawan – saya guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh, saya potong 4 saja, baby jagung – potong kecil, carrot – potong memanjang, bunga kobis – potong kecil
- Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air. (Mesti bancuh dalam air dulu tau, kalau masuk terus nanti dia jadi berketul ketul).
- Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api dan masuk kan daun sawi. Saya masuk akhir sekali sebab tak mau daun tu layu sangat.
- Ok dah siap! Boleh tabur daun sup dan bawang goreng hirisan cili ikut suka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom
Baca juga : 3 Variasi Resepi Mee Goreng Mamak, Yang Penting Simple Dan Lazat!
Baca juga : Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!