Kuala Lumpur, 17 Mac 2025 – Namun, bagi tujuh daripada sepuluh pelancong Malaysia, impian untuk menyaksikan bunga sakura mekar sepenuhnya sering berakhir dengan kekecewaan, menurut tinjauan oleh Klook.
Walaupun perjalanan dirancang mengikut ramalan musim, perubahan cuaca yang tidak menentu boleh menjejaskan waktu mekarnya – menyebabkan ramai tiba terlalu awal atau terlalu lewat. Tahun ini, Klook hadir dengan penyelesaian untuk masalah terbesar pemburu sakura menerusi jaminan pertama seumpamanya dalam industri, “No Gloom, No Bloom” (“Tiada Mekar, Tiada Keseronokan”).
Pelancong Berharap Dapat Menyaksikan Mekarnya Sakura Pada Musim Bunga Ini
Pesona bunga sakura memang tak dapat disangkal, dengan 9 daripada 10 pelancong merancang untuk menyaksikannya tahun ini.
Perkara yang paling dinantikan oleh pelancong ialah
- Keindahan alam semula jadi yang memukau
- Peluang fotografi
- Mercu tanda bersejarah dengan bunga sakura
Jepun kekal sebagai destinasi utama untuk menyaksikan bunga sakura tahun ini, dengan 78% pelancong memilihnya. Namun, pengaruh media sosial telah mendorong 68% pelancong untuk mempertimbangkan destinasi lain bagi perjalanan sakura mereka yang seterusnya, seperti Korea Selatan, Taiwan, dan Tanah Besar China.
Menurut tinjauan terkini Klook Travel Pulse, Tanah Besar China mencatatkan peningkatan tujuh kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya dan muncul sebagai destinasi utama untuk 2025, berada di kedudukan tidak jauh di belakang Jepun. Menariknya, Klook mendapati lebih daripada separuh pelancong musim bunga dari Malaysia (57%) tidak menyedari bahawa Tanah Besar China juga mempunyai musim sakuranya sendiri – sebuah permata tersembunyi yang menanti untuk diterokai.
Dilema Bunga Sakura: Kenapa Sukar untuk Menyaksikan Mekarnya?
Walaupun terdapat ramalan, bunga sakura hanya boleh dinikmati dalam tempoh sekitar 10 hari, ditambah pula dengan perubahan suhu yang tidak menentu yang dialami oleh pelancong tahun lepas. Jepun mengalami corak cuaca luar biasa, termasuk musim panas yang lebih panas dan musim sejuk yang tertunda pada tahun 2024.
Keadaan ini menyebabkan bunga sakura di Jepun mekar 15 hari lebih lewat daripada biasa, dan Gunung Fuji – ikon terkenal Jepun – tidak bersalji pada bulan November buat pertama kali dalam sejarah 130 tahun rekod cuaca. Tahun ini, pelancong merancang perjalanan mereka dengan penuh ketidakpastian.
Cabaran Utama dalam Merancang Perjalanan Musim Sakura
- Meramalkan waktu mekarnya sakura
- Mencari lokasi terbaik untuk melihat sakura
- Berdepan dengan kawasan yang sesak
Walaupun berdepan cabaran ini, pengalaman yang singkat namun bermakna tetap menjadi keutamaan bagi pelancong masa kini yang lebih menghargai pengalaman dalam perjalanan mereka. Klook mencatatkan peningkatan 33% dalam tempahan musim bunga ke Asia Utara pada Mac 2025, menjadikannya antara musim paling popular untuk dikunjungi. Satu daripada tiga pelancong dari Malaysia (35%) juga bersedia untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 20% lebih bagi pengalaman melihat bunga sakura berbanding aktiviti lain.
Pengalaman Popular Melihat Bunga Sakura
“No Gloom, No Bloom”— Klook Pastikan Anda Tak Terlepas Musim Sakura
Musim akan datang ini, Klook menawarkan ketenangan minda kepada pelancong dengan jaminan dapat menyaksikan bunga sakura, tawaran yang pertama dalam industri.
Bagaimana caranya:
- Tempah salah satu lawatan musim bunga ke Jepun yang terdapat di halaman kempen “No Gloom, No Bloom”.
- Jika anda tidak menyaksikan sebarang bunga sakura semasa lawatan, walaupun mengikut jadual mekarnya, ambil gambar sebagai bukti.
- Hantar gambar anda kepada Klook melalui borang yang disediakan di halaman kempen, bersama butiran yang diperlukan, sebelum 6 April 2025, 23:59 (GMT+8:00) untuk pengesahan.
- Pengguna yang layak akan menerima kod promosi diskaun hingga 50% untuk tempahan lawatan seterusnya, dengan tempoh sah selama 1 tahun (terpakai untuk semua lawatan Klook, dihadkan kepada USD$25 [kira-kira RM112]).
Klook juga menawarkan sehingga 4x KlookCash untuk tempahan lawatan, hotel, kereta sewa, dan pengangkutan di destinasi terpilih sepanjang kempen ini.
Ketahui lebih lanjut di https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/nobloomnogloom/.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!